klik sini

Thursday, June 23, 2011

TUNTUTAN SYAHADAH dan KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

BAHAGIAN A

TUNTUTAN SYAHADAH

MUKADIMAH

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya: "Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" Katakanlah: "ALLAH menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-Quran itu. Adakah kamu sesungguhnya mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama ALLAH?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya DIA-lah sahaja TUHAN Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu persekutukan (dengan ALLAH)" Surah al-An'am: 19

Takrif dan Makna Syahadah

1. Syahadah (شَهَادَةٌ) dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang telah dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui.

2. Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab, perkataan syahadah juga boleh digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keterangan-keterangan dan akuan. Seperti surat pengakuan belajar dari mana-mana institusi pengajian disebut

(شَهَادَة قيْد) syahadah qaid atau surat pengesahan pemegang akaun bank disebut (شَهَادَة بنكية) syahadah bankiyyah dan banyak lagi contoh-contoh lain.

Akan tetapi makna syahadah merujuk kepada takrif yang pertama di atas bermaksud penyaksian iaitu pengetahuan tentang sesuatu perkara lalu menyampaikan, memberitahu dan menyatakannya. Seseorang yang bersyahadah bermakna dia menyatakan sesuatu yang diketahui serta diyakini olehnya dan menjadi saksi bagi perkara yang diucapkannya.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau-sebenar-benarnya Rasulullah". Dan ALLAH sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-NYA, serta ALLAH menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." –Surah al-Munafiqun:

Mereka adalah golongan yang berdusta kerana tidak mengakui dan mempercayai dengan sebenar-benarnya perkara yang disebutkan oleh lidah mereka sendiri.

'Syahadah' dizahirkan melalui ucapan dan perbuatan

Kita telah mengetahui bahawa seseorang itu boleh memberikan penyaksian atau syahadah melalui ucapan dan kata-kata. Selain daripada itu syahadah juga dapat dizahirkan melalui perbuatan sebagaimana ALLAH S.W.T mensifatkan orang-orang yang musyrik di dalam al-Quran:

Maksudnya: "Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan masjid-masjid ALLAH, sedang mereka menjadi saksi akan kekufuran diri mereka sendiri.." –Surah al-Taubah: 17

Syahadah di sini bermaksud penyaksian daripada mereka terhadap (kekufuran) diri mereka sendiri dengan apa yang mereka lakukan. Iaitu perbuatan-perbuatan mereka itu menjelaskan dan menzahirkan bahawa mereka itu kufur. Al-Hafiz Ibnu Katsir menyebut: "..mereka (kaum musyrikin) adalah orang-orang yang menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri dengan kekufuran. Iaitu dengan hal keadaan mereka dan kata-kata mereka".

Dari sini dapatlah kita memahami bahawa 'syahadah' adalah penyaksian atau pengakuan tentang sesuatu perkara yang menjadi keyakinan di dalam hati seseorang lalu dizahirkan melalui kata-kata atau perbuatan.

DUA KALIMAH SYAHADAH

Syahadah yang akan kita bincangkan di sini adalah penyaksian, pengakuan dan keyakinan pada Dua Kalimah Syahadah yang menjadi syarat untuk seseorang itu memeluk agama Islam. Ini dinyatakan secara jelas dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam hadis yang masyhur bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang Islam:

Mafhumnya: "Wahai! Muhammad, khabarkanlah kepadaku tentang Islam. Maka Rasulullah telah menjawab: Islam (adalah) engkau mengakui bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH..”

(Hadis riwayat Imam Muslim, kitab al-Iman, hadis no. 9)

Berdasarkan hadis ini, lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

Sesiapa yang ingin memeluk agama Islam, terlebih dahulu dia perlu melafazkan Dua Kalimah Syahadah ini. Sekiranya tidak, maka pengakuannya sebagai seorang muslim adalah tidak sah menurut pendapat para ulama. Bagi orang yang tidak mampu untuk melafazkannya kerana bisu dan sebagainya, maka memadai dengan tulisan (kitabah) atau dengan cara isyarat yang menunjukkan dia menerima serta mengakui kebenaran Dua Kalimah Syahadah ini. Sebagaimana yang telah disebutkan, dari segi bahasa, 'syahadah' dapat dizahirkan melalui kata-kata atau perbuatan.

Ianya disebut sebagai 'Dua Kalimah Syahadah' kerana pada lafaznya terdapat dua pengakuan atau dua penyaksian. Iaitu penyaksian pertama:

أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH

Dan penyaksian kedua:

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ

"..dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

Kedua-dua pengakuan dan penyaksian ini saling terikat di antara satu sama lain. Tidak sah syahadah seseorang muslim sekiranya dia hanya menerima penyaksian yang pertama (pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH) lalu ia menafikan penyaksian yang kedua iaitu pengakuan bahawa Muhammad adalah Pesuruh ALLAH. Kerana Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang telah diutuskan ALLAH Azza wa Jalla untuk menyampaikan risalah tauhid supaya umat manusia seluruhnya menerima lalu menyatakan bahawa TUHAN yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya hanyalah ALLAH S.W.T. Firman ALLAH:

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh ALLAH kepada kamu semuanya, (diutus oleh ALLAH) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, Nabi yang Ummi (buta huruf) yang beriman kepada ALLAH dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". (Surah al-A'raf: 158)

Begitulah sebaliknya, tidak sah syahadah seseorang itu sekiranya dia hanya menerima penyaksian yang kedua tetapi tidak mengakui penyaksian yang pertama. Menafikan salah satu daripada keduanya bererti menolak kedua-duanya sekali.

Sekiranya kita menolak pengakuan yang pertama, bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH lalu kita menyerupai penganut agama Kristian yang mengatakan tuhan itu tiga (trinity) atau penganut agama-agama lain yang mempercayai tuhan yang berbilang-bilang (polytheisme) atau golongan yang menolak kewujudan tuhan sama sekali (atheisme) . Manakala sekiranya kita hanya menerima ketuhanan ALLAH akan tetapi menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, maka seakan-akan kita menjadi seperti golongan Yahudi yang beriman kepada Tuhan Yang Satu –iaitu TUHAN kepada Nabi Musa a.s (yang disebut sebagai Eloah atau Elohim) akan tetapi yang mereka menolak kenabian Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sekali gus. Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya: "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari TUHAN-nya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada ALLAH, dan Malaikat-malaikat-NYA, dan Kitab-kitab-NYA, dan Rasul-rasul-NYA. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari kalangan Rasul-rasul-NYA". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat, (kami pohonkan) keampunan-MU wahai TUHAN kami, dan kepada-MU jualah tempat kembali". (Surah al-Baqarah: 285)

Ini kerana ramai orang yang mengaku diri mereka sebagai muslim, akan tetapi mereka tidak memahami dengan sebenar-benarnya maksud dan tuntutan daripada pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini. Mereka bukan sahaja tidak menunaikan kewajipan dan kefarduan dalam Islam, malah lebih malang lagi mereka mungkin melakukan suatu perbuatan atau mengucapkan suatu perkataan yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah itu lalu menjadi kafir. Maka itu, mereka hanyalah muslim pada nama sahaja akan tetapi dari segi hakikatnya mereka tidak jauh berbeza dengan orang yang tidak menerima pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini.

TUNTUTAN SYAHADAH

Sebenarnya tuntutan kalimah ini begitu banyak, sebanyak yang diminta oleh ajaran Islam. Sebanyak yang diminta oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Diantaranya :

1.Siapa saja yang mengucapkan dua kalimah Laailahaillallah dari hatinya dia akan dapat membangunkan Al Quran dan Sunnah dari dalam dirinya, keluarganya, masyarakat, negara, dan alam sejagad.

Dalam satu sejarah pernah terjadi, Rasulullah SAW bersabda yang artinya "

"Barangsiapa yang berkata Laailahaillallah akan masuk Syurga"

Mendengar hadis itu Para Sahabat terus menyampaikan kepada Sahabat-Sahabat yang lain. Mereka tidak bertangguh-tangguh untuk menyampaikannya karena mereka teringat akan hadis Rasulullah yang ertinya :

"Sampaikan dariKu walau satu ayat"

Seorang Sahabat apabila bertemu dengan Sayidina Umar dia terus menyampaikan hadis ini. Tiba-tiba dia ditampar oleh Sayidinna Umar. Sahabat tadi terperanjat. Setelah mereka berfikir, siapa yang benar, siapa yang salah, akhirnya mereka berjumpa Rasulullah. Kata Rasulullah kedua-dua Sahabat ini betul. Apa buktinya ? Sahabat tadi sampai dia yakin dengan apa yang dikatakan Rasulullah itu benar. Pada Sayidina Umar pula, dia takut Sahabat tadi menyampaikan hadis ini pada orang yang jahil, tidak faham tuntutan kalimah itu yang menyebabkan dia tidak beramal lagi. Sedangkan yang lain asyik dengan zikir Laailahaillallah saja. Sebab itulah awal-awal lagi Sayidina Umar menampar Sahabat tadi.

2.Tiada Tuhan yang disembah selain Allah.

Seluruh sikap dan perbuatannya hendak dijadikan ibadah dan dipersembahkan kepada Allah atau dengan kata lain hamba kepada Allah. Bukan saja pada ibadah-ibadah asas, tetapi juga pada ibadah-ibadah sunat, sunat muakad, sunat ghairu muakkad dan fadhoilul a'mal atau amalan utama. Bahkan perkara harus juga hendak dijadikan sebagai ibadah kepada Allah.

Hal ini tidak akan menjadi ibadah kalau tidak menempuh 5 syarat :

Ø Niat harus betul

Ø Pekerjaan yang dilakukan sah menurut syariat

Ø Pelaksanaan harus betul

Ø Hasilnya disalurkan ke tempat yang benar

Ø Jangan meninggalkan perkara yang asas

3.Tiada yang ditakutkan melainkan Allah.

Siapa yang mengucapkannya tiada lain yang dia takut melainkan Allah. Menurut keyakinan orang mukmin, yang memberi sesuatu adalah Allah. selainNya tidak, walau sebesar mana sekalipun kuasanya. Firman Allah SWT yang artinya :

"Jangan kamu takut cercaan orang yang mencerca"

[Q.S. Al Maidah : 54]

Benarkah kita meletakkan Allah yang kita takut, selainNya tidak ? Kalau kita nilai sikap kita sendiri, banyak yang kita takut selain dari Allah. Contoh, kalau kita sedang bekerja, tiba-tiba datang dua perintah : perintah tuan dan perintah Tuhan ; Bila masuk waktu solat, manakah yang hendak kita dahulukan, selesaikan kerja atau shalat ???

4.Tiada yang dicinta melainkan Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang ertinya :

"Tidak beriman seorang kamu sehingga dia menjadikan Allah dan RasulNya paling dicintai dibandingkan selain daripadanya"

Jadi, Allah dan Rasul sahaja yang dia cinta. Seandainya dia cinta akan keluarga, anak, isteri, harta dan sebagainya tidak harus mengatasi cintanya kepada Allah dan Rasul. Sejauh manakah cinta kita kepada Allah selama ini ? Bagaimana jika sedang kita tidur di waktu malam, tiba-tiba ayam yang kita sayang dicuri orang ? Berbanding dengan sengaja hendak bangun tahajud di tengah malam karena tanda cinta kita kepada Allah.

5.Tiada yang dia redha melainkan Allah.

Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW :

"Aku redha Allah sebagai Tuhan"

Allah saja yang dia redha sebagai Tuhan.

Apa tanda kita redha Allah sebagai Tuhan ? Jika sekadar mengaku di mulut sahaja kita ini redha Allah sebagai Tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Orang kafir pun mengaku juga Allah sebagai Tuhan, tetapi mereka tidak redha Allah itu sebagai Tuhan. Firman Allah SWT yang ertinya :

"Sesungguhnya jika kamu (Muhammad) tanya kepada orang kafir itu, siapa yang menjadikan langit dan bumi, niscaya mereka menjawab "Allah"".

Orang yang redha dengan Allah, walau apa Allah buat padanya, dia tetap mengaku Allah itu sebagai Tuhan walau apa yang dihajatinya tidak kesampaian.

6.Tiada tempat bertawakkal kecuali Allah.

Allah lah tempat dia menyerah diri, sesuai dengan ucapan Rasulullah SAW yang ertinya:

"Kepada Engkau kami bertawakal"

Tawakal itu ada 4 :-

o Tawakal pada diri

o Tawakal pada harta

o Tawakal pada orang

o Tawakal pada Allah

7.Tidak ada hukuman kecuali Allah.

Tidak ada undang-undang kecuali undang-undang Allah. Dia akan terima hukuman, undang-undang dari Allah sahaja untuk dirinya, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat. Jadi siapa saja yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah, baik dirinya, keluarganya, masyarakatnya, ekonomi, negara dan alam sejagat dan lain-lain.

Cuba kita lihat firman Allah yang ertinya:

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia akan jatuh kafir".

[ Q.S. Al Maidah : 44 ]

Firman Allah yang lain :

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah dia akan jatuh zalim".

[ Q.S. Al Maidah : 45 ]

Firman Allah yang lain :

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah dia akan jatuh fasik".

[ Q.S. Al Maidah : 47 ]

Tuntutan-tuntutan di atas merupakan sebahagian kecil sahaja tuntutan kalimah syahadah. Sebenarnya ada banyak, sebanyak yang diminta ajaran Islam.

Jadi,barangsiapa yang mengucapkan Laailahaillallah, jika kita melaksanakan tuntutannya bererti kita telah melakukan "Amru bil Ma'ruf wanahyu Anil Munkar", mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari yang mungkar.

Berjuang dan berjihad menegakkan Al Quran dan Sunnah dalam diri, keluarga, masyarakat, seterusnya negara dan alam sejagat.

KESIMPULAN

Sesiapa yang ingin memeluk agama Islam, terlebih dahulu dia perlu melafazkan Dua Kalimah Syahadah ini. Sekiranya tidak, maka pengakuannya sebagai seorang muslim adalah tidak sah menurut pendapat para ulama. Bagi orang yang tidak mampu untuk melafazkannya kerana bisu dan sebagainya, maka memadai dengan tulisan (kitabah) atau dengan cara isyarat yang menunjukkan dia menerima serta mengakui kebenaran Dua Kalimah Syahadah ini. Sebagaimana yang telah disebutkan, dari segi bahasa, 'syahadah' dapat dizahirkan melalui kata-kata atau perbuatan.

Ini kerana ramai orang yang mengaku diri mereka sebagai muslim, akan tetapi mereka tidak memahami dengan sebenar-benarnya maksud dan tuntutan daripada pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini.

Mereka bukan sahaja tidak menunaikan kewajipan dan kefarduan dalam Islam, malah lebih malang lagi mereka mungkin melakukan suatu perbuatan atau mengucapkan suatu perkataan yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah itu lalu menjadi kafir. Maka itu, mereka hanyalah muslim pada nama sahaja akan tetapi dari segi hakikatnya mereka tidak jauh berbeza dengan orang yang tidak menerima pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini.

BIBLIOGRAFI

Sheikh Abdullah Basmeih.1988.Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian

al-quran.Kuala Lumpur:Bahagian Hal Ehwal Islam.

Mohamed Asin Dolah.1993.Konversi Agama :Pengertian Dan Bentuknya.

Dlm.Mohamed Yusof Hussain et al.(pnyt.).Isu-Isu dalam usuluddin dan Falsafah.Bangi:penerbit UKM.

Kamus Dewan.2002.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.

BAHAGIAN B

KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

1.PENDAHULUAN

Al-quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai-bagai mukjizat,sama ada mukjizat yang mampu difikirkan oleh akal fikiran dan dilihat oleh mata manusia ataupun yang tersembunyi yang mana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Al-quran adalh satu mukjizat yang paling besar diberi kepada Rasulullah oleh Allah.

Seterusnya,Rasulullah telah menyebarkan ayat-ayat Al-quran kepada para sahabat untuk dihafaz dan mengamalkannya.Seterusnya setelah kewafatan Rasulullah,para sahabat telah mengumpulkan ayat-ayat Al-quran untuk dijadikan satu mashaf.Salah satu ilmu yang perlu dipelajari dalam

2.SEJARAH RASM UTHMANI

1.Sejarah tulisan arab

Masyarakat arab pada zaman jahiliyah merupakan masyarakat yang tidak tahu membaca dan menulis.Al-quran telah menerangkan dengan jelas mengenai kenyataan ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumuah ayat 2.

“Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata.”

Ini menandakan bahawa akan ada seorang rasul yang akan diutuskan bersama dengan Al-quran untuk menyebarkan risalah ini.Terdapat perselisihan ulama dalam menentukan orang yang mula-mula sekali menciptanya.Ada ulama yang berpendapat bahawa Nabi Adam yang menciptanya.Diriwayatkan bahawa Nabi Adam telah telah menulis semua tulisan Arab di atas tanah-tanahyang telah dibakar.Sebelum beliau wafat tulisan-tulisan tersebut telah dipadam.Setelah berlaku taufan,tulisan-tulisan tersebut telah timbul dan dijimpai oleh satu kaum.Kaum itu telah mempelajarinya berpandukan ilham daripada Allah.

Sebahagian ulama pula berpendapat orang yang pertama sekali mencipta bentuk tulisan arab ialah penulis wahyu Nabi Hud iaitu Khaljan bin al-Qasm.Diriwayatkan tulisan-tulisan Arab yang dibuat telah dipelajari oleh Maramih Bin Murrah,Aslam Bin Sidrah dan Amir bin Judrah.Kemudian penduduk –penduduk Anbar daripada mereka.Lalu tersebarlah ilmu penulisan tersebut ke seluruh negeri Iraq.Ada juga ulama yang mengatakan tulisan ini dicipta oleh Nabi Ismail.Diriwayatkan tulisannyang beliau buat bersambung huruf-hurufnya antara satu sama lain sehinggakan huruf alif dan ro pun bersambung.Kemudian ketiga-tiga orang anaknya yang memisahkan huruf-huruf tersebut.

2.Penulisan pada zaman permulaan islam

Sewaktu islam mula-mula bertapak,hanya 14 orang bilangan orang islam yang mengetahui tentang penulisan Arab.Banyak hadis sahih yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis.Ini berlaku sebelum Rasulullah belum menjadi rasul tetapi setelah itu,islam mula berkembang maka Allah telah mengurniakan pengetahuan membaca dan menulis kepada baginda.Satu riwayat ada mengatakan bahawa penulisan Al-quran pada zaman rasulullah telah disempurnakan oleh lebih daripada 40 orang para sahabat yang dilantik sendiri oleh baginda.

3.Penulisan pada zaman Rasulullah

Rasulullah telah menghafaz setiap wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada baginda dan akan menyampaikannya kepada sahabat.Cara sahabat menerima apa yang disampaikan berbez-beza kerana ada di antara sahabat menulis sebahagian surah-surah atau ayat dan ada juga yang menulis semuanya tetapi kebanyakan mereka menghafaznya.Ini disebabkan oleh dua faktor iaitu kebolehan luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dan sifat semula jadi mereka yang tidak tahu membaca dan menulis.Rasulullah telah melantik secara khusus beberapa orang sahabat yang boleh menulis segala wahyu yang diturunkan.Ayat-ayat al-quran yang ditulis pada pelepah-pelepah tamar,kulit-kulit kayu,tulang-tulang dan sebagainya.

4.Penulisan dan pengumpulan Al-quran pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a

Setelah Rasulullah wafat,para sahabat telah memilih untuk melantik Khalifah Abu Bakar r.a sebagai khalifah yang pertama untuk menggantikan Rasulullah untuk menegakkan agama islam.Semasa hayat Rasulullah,Allah tidak pernah memerintahkan baginda untuk mengumpulkan al-quran pada satu tempat kerana para sahabat yang hidup bersama-sama baginda dapat menjaga amanah yang diberikan oleh Allah dengan menghafaznya.Tetapi pada zaman selepas baginda,Allah telah mengilhamkan kepada

Sayyidina Umar r.a dan Khalifah Abu Bakar untuk mengumpul dan menulis semula Al-quran dalam satu mashaf.

5.Penulisan dan pembukuan al-quran pada zaman Khalifah Uthman r.a

Setelah khalifah Abu Bakar r.a meninggal dunia pada tahun 13H,beliau telah digantikan oleh Khalifah Umar bin al-Khattabr.a dan beliau telah mengambil tugas untuk menyimpan suhuf Abu Bakar.Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar,suhuf ini tetap digunakan sebagai sumber rujukan dan pembacaan al-quran.Tetapi pada zaman tersebut,umat islam masih mengutamakan hafazan dalam pembacaan al-quran.Selepas Khalifah Umar r.a meninggal dunia,suhuf tersebut disimpan oleh anak perempuannya iaitu Hafsah bt Umar.Beliau menyimpan mashaf itu sehingga beliau meninggal dunia.

Sayyidina Uthman al-Affan r.a telah dilantik menjadi khalifah islam yang ketiga pada tahun 23H selepas Saiyyidina Umar wafat.Pada zaman itu,penaklukan islam ke beberapa negara sangat hebat berjalan maka ramai orang yang ditawan itu memeluk islam.Amalan pembacaan al-quran menjadi amalan yang utama dalam kehidupan mereka.Mereka juga telah mempelajari kaedah-kaedah pembacaan al-quran daripada para sahabat yang mashur yang berhampiran dengan mereka.

3. KELEBIHAN RASM UTHMANI
Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan antaranya:-

i. Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
ii.
Mengikut tulisan Al-Quran yang Imla'i
iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar dari maksud yang sebenar
iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis bacaan)
v. Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih
vi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat
vii. Bertepatan dengan riwayat bacaab mutuwatir
viii. Satu satu dari mukjizat Al-Quran
vix. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran al-Karim
x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas
xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat)
xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf

4. TAHAP PENULISAN AL-QURAN

Penulisan Al-Quran resam uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut:-

i. Tahap pertama - belum diletakkan sebarang tanda

ii. Tahap kedua - ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian)

iii. Tahap ketiga - mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasir bin Asim al-Lisi dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi

iv. Tahap keempat - mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan

v. Tahap kelima - ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain lagi

Tulisan Al-Quran dengan menggunakan khat nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

5. CARA BACAAN AL-QURAN YANG DIAMALKAN MASA KINI

Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:-

i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari al-Imam Asim adalah paling banyak diamalkan di negara-negara Islam

ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari al-Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Afrika

iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari al-Imam Bafi' adalah banyak diamalkan di negara-negara Asia Tengah

iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari al-Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan di Sudan

6. PENULISAN AL-QURAN (ILMU RASM)

a) Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau sebutan untuk memelihara penyebutan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf

b) Penulisan (Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secra ijma' (sepakat) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

7. PEMBAHAGIAN RASM

Rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-

i. Rasm Qiasi / Imla'i iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/pertuturan

ii. Rasm Istikahi.Uthman iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah

Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan bermashaf Uthmani ini diakui penulisan yang bersifat tauqifi (penetapan, penentuan Rasulullah s.a.w.), maka penggunaan tulisan Imlai atau Qiasi tidaklah diharuskan.

8.KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

1.Kaedah pertama:Al-Hadhf

Al-Hadhf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,ia bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada enam huruf yang dibuang mengikut Rasm Uthmani iaitu ا,و,ي,ل,ن dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.

1)Hadhaf huruf alif.Semua mashaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf alif pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf Alif bagi Hamzah al-wasl pada kalimah (اسم) dalam firman Allah S.W.T (بسم الله)

  • Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam.Contohnya seperti firman Allah (للذى ببكة) dan sebagainya.
  • Huruf alif yang menjadi surah (rumah)bagi hamzah al-Qat apabila selepasnya terdapat huruf alif yang lain.Contohnya seperti (ءالله),(ءأنت) dan sebagainya.
  • Huruf alif pada Fih al-Amr dari kalimah (السؤال) yang dimulai dengan huruf و atau ف.Contohnya seperti (ءلفس( dan (وسءل)
  • Huruf alif selepas hamzah al-qaf yang kedua pada kalimah (ءااءن), melainkan firman Allah S.W.T ( يستمع الأنفمن (

2.Kaedah kedua:Al-Ziyadah(penambahan)

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,Al-Ziyadah bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani iaitu huruf ا,و dan ي.

Contoh ziyadah huruf ا:

Ø Huruf alif selepas waw pada akhir nama yang menunjukkan jama’.Contohnya seperti (كاشفوا),(ملقوا)

Ø Huruf alif selepas waw yang ditukar dari alif ,iaitu pada lafaz ((الريوا

Contoh ziyadah huruf و:

Ø Huruf waw selepas hamzah pada kalimah أوريكم)س ) dalam firman Allah S.W.T (أوريكم ءايتىس(

Ø Huruf waw selepas hamzah pada kalimah-kalimah berikut,iaitu ((وأولت)(أول

v Contoh ziyadah huruf ya

Ø Huruf ya selepas hamzah pada kalimah (فينأ(

Ø Huruf ya pada tujuh tempat-tempat berikut ( نبأى المرسلينمن من تلقائ نفسي (

,(وأيتائ ذى القربى) (بأبيكم المفتون) (والسما ء بنينها بأييد) ( أومن ورائحجاب) (ومن ءانائ اليل)

3.Kaedah ketiga:Al-Hamz(Penulisan huruf hamzah)

Huruf-huruf hamzah di dalam al-quran terletak sama ada di permulaan,pertengahan atau di hujung kalimah.Dalam mashf uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah tersebut berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

§ Huruf hamzah di pangkal kalimah

-Semua huruf hamzah yang terletak di pangkal kalimah ditulis dengan surah alif sama ada ia fathah,kasroh atau domah.

Contoh(امر):

§ Huruf hamzah di pertengahan kalimah

-Huruf hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama lain:

v Sekiranya sebelum huruf hamzah ada satu huruf sukun maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:((يسءل

v Sekiranya huruf hamzah itu kasrah ataupun sukun dan sebelumnya kasrah maka ia ditulis dengan surah ya

Contoh:((جءت

v Sekiranya huruf hamzah itu dommah ataupun sukun dan sebelunya dhommah,maka ia ditulis dengan surah waw.

Contoh(يذرؤكم):

v Sekiranya huruf hamzah itu fathah ataupun sukun dan sebelumnya fathah,maka ia ditulis dengan surah alif.

Contoh:أوهمم

§ Huruf hamzah di hujung kalimah

v Sekiranya sebelum huruf hamzah itu kasrah,Ia ditulis dengan surah ya

Contoh: ((قرئ

v Sekiranya sebelum huruf hamzah itu dommah,ia ditulis dengan surah waw.

Contoh:(أن امروا)

v Sekiranya sebelum huruf hamzah itu fathah ia ditulis dengan surah alif.

Contoh:(بدأ)

v Sekiranya sebelum huruf hamzah itu sukun,ia ditulis tanpa surah.

Contoh:(دفء)

§ Hukum-hukum khas

v Apabila selepas huruf hamzah terdapat alif maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh(ءامن):

v Apabila selepas huruf hamzah terdapat ya,maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:(خسءين)

v Apabila selepas huruf hamzah terdapat waw,maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:((يءوده

4.Kaedah keempat:Al-Ibdal (Menukarkan huruf)

Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf itu kepada huruf yang lain.Dalam penulisan Rasm Uthmani kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada waw,ibdal alif kepada ya,ibdal nun kepada alif,ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah dan ibdal waw kepada alif.

§ Ibdal alif kepada waw.

v Pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang

Contoh:(الحيوة)

§ Ibdal alif kepada ya

v Apabila alif terletak di (الهدى)

v Huruf alif pada kalimah (نىأ( yang membawa maksud (يفك(

§ Ibdal nun kepada alif

v Nun taukid khafiyyah pada kalimah (ليكوناو(

v Nun pada kalimah (ذنأ(

§ Ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah

v Kalimah (حمةر( ditulis dengan ta maftuhah (حمتر(

§ Ibdal waw kepada alif

v Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah waw.

Contoh:((الصفا

5.Kaedah kelima:Al-wasl wa al-Fasl(Menyambung dan memisahkan)

Al-wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu.Dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat,tetapi ditulis dengan cara berpisah pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya.

§ Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:

v Semua kalimah (لاا( dalam al-quran melainkan pada sepuluh tempat

v Semua kalimah (ماأ(dan (ماأ(

§ Ditulis dengan berpisah pada kalimah berikut:

v Semua kalimah (ين ماأ(

Ø Kaedah keenam:Ma fih Qira’atan(Kalimah yang mengandungi dua wajah qiraat)

§ Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat

Ada beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf alif,tetapi bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif panjang atau alif pendek.

Contoh:مللك huruf mimnya boleh dibaca panjang atau pendek.

§ Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat

Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah,maka ia ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.

Contoh:((الصرط ditulis dengan huruf sad walaupun ada qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.

§ Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza

Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain.Jadi,ia ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mashaf dengan kaedah yang lain.

Contoh:(جنت تجرى تحتها الأنهر (

9.KESIMPULAN

Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada bersama dengannya.

Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut.

Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.

10.BIBLIOGRAFI

Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah.2003.Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz.

Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah al-Qari bin Haji Salleh.1972.Kursus Qari dan Qariah.Kota Bharu:Pustaka

Aman Press Sdn.Bhd.

Abdul halim el-Muhammady.1990.Al-Quran dan Pembelajarannya di Malaysia.Jurnal

Pendidikan Islam3(3):1-12.

Al-Imam an-Nawawi.1992.At-Tibyan Fi Adab Hamalai al-Quran.Beirut : Dar al-Fikr

Al-Lubnani.

Mohd Ali Bin Abu Bkar. 1991 . Seni Lagu al-Quran di Malaysia ,Kuala Lumpur:Darul

Fikr.

BAHAGIAN C

IMPLIKASI HIJRAH TERHADAP UMAT ISLAM MASA KINI

1.PENGERTIAN HIJRAH

Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat. Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan Rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep hijrah seperti itu mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik.

Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

2.IMPLIKASI HIJRAH KEPADA UMAT ISLAM MASA KINI

Hijrah memberi impak yang amat besar kepada umat islam pada masa kini. Hijrah telah memberi kesan yang besar pada pembangunan, ekonomi serta sosial. Perkembangan ini amat penting dalam sesebuah negara islam yang bertamadun. Untuk melahirkan sebuah negara islam yang kuat ciri-ciri tersebut dapat dijadikan sebagai model.

Kesannya dapat dilihat dari pelbagai aspek,antaranya ialah :-

1.Pembangunan

Semasa penghijrahan rasul ke madinah, pembangunan di sana tidaklah membangun. Namun setelah rasul berhijrah dan rasul dilantik sebagai pemimpin. Pembangunan disana telah berkembang dengan pesat. Rasul telah menekankan pembangunan jiwa, mental dan fizikal. Rasulullah telah menerapkan akidah-akidah yang kukuh pada setiap mukmin. pada masa kini, malaysia telah mengikut cara pemerintahan rasul. Contohnya pembanguna jiwa yang dilakukan oleh negara ini dengan pembinaan masjid-masjid sebagai pusat ibadat untuk mengukuhkan jiwa. Selain itu, madrasah juga didirikan bagi membangunkan mental seseorang.Negara ini juga menitikberatkan pembangunan fizikal. Contohnya di dalam sukatan pelajaran negara kita terdapat subjek pendidikan jasmani. Ia penting bagi mengimbangi diantara kesihatan tubuh.

2.Pembinaan negara islam

Penghijrahan rasul ke madinah telah menunjukkan bukti bahawa pembentukan sebuah negara islam. kepentingan hijrah rasul pada pada masa kini dapat dilihat dengan corak pemerintahan yang adil dan tidak mengamalkan penindasan. Contohnya malaysia, corak pemerintahan pada masa kini mengikut corak pemerintahan pada zaman rasul.Pemerintah tidak mengamalkan sikap sekularisama dan Al-Quran serta As-Sunnah dijadikan panduan sebagai perlembagaan di negara ini. Di dalam pemerintahan Rasulullah juga telah wujud pelbagai jawatankuasa agar tidak membebankan pemerintah serta tidak wujud penyelewengan.

Kesan tersebut jelas dilihat pada masa sekarang.Pentadbiran negara kita ia tidak membebankan.Pelbagai jawatankuasa dibentuk berdasarkan contoh yang diambil daripada Rasullallah. Kesan daripada aspek tersebut, perjalanan sesebuah pemerintahan akan lancar dan senang.

3.Ekonomi

Kesan ekonomi pada zaman rasulullah pada masa kini dapat dilihat dengan jelas. Ekonomi merupakan asas penting untuk sesebuah negara. Ekonomi yang kukuh dapat memastikan sesebuah negara berjalan lancar. Perniagaan telah berkembang pesat setelah penghijrahan Rasul. Pada masa kini juga perniagaan adalah sumber utama. Nabi telah bersabda bahawa 9/10 daripada pintu rezeki adalah berniaga. Selain itu juga, kegiatan bercucuk tanam dan juga perdagangan telah dimulakan pada zaman rasul. Pada masa kini, kegiatan ini juga merupakan sektor utama juga di negara ini. Bagi membantu golongan miskin, zakat telah dikutip. Ia bagi meringankan beban para fakir agar tidak berlaku penindasan berlandaskan apa yang diajar oleh Rasullallah.

4.Sosial

Kesan sosial pada masa kini amat dirasai. Umat islam pada zaman Rasul ditindas teruk oleh kaum musyrikin. Setelah behijrah, umat islam telah mendapat perlindungan. Cara hidup mereka telah berubah. Golongan ansar sanggup menolong kaum muhajirin yang telah berhijrah tanpa sebarang harta. Mereka sanggup membahagikan harta mereka. Pada masa kini juga negara kita telah mengamalkan satu malaysia agar tidak mempunyai penindasan antara kaum.Begitulah hebatnya kesan hijrah yang berjaya memberi kesan kepada umat masa kini.

3.KESIMPULAN

Hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.

Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi.

Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha.

4.BIBLIOGRAFI

Syed Othman Alhabshi (1993). Belanjawan 1993: Satu Penilaian.

Yusuf Qardhawi. Fiqh Prioritas. http://media.isnet.org/islam/ Qardhawi/prioritas/index

Yusuf Qardhawi (1973). Fiqh Zakat. Jilid 2. Muassah Al Risalah, Beirut, Lebanon, m/s 999

Bajet 2007 dan Maklumat Cukai (2006). Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia.

Council of Islamic Ideology, Annual Report 1977-1978. Government of Pakistan, Islamabad.

Institution Al Framework of Zakah: Dimensions and Implications. Islamic Development Bank and Islamic Research and Training Instituition,Jeddah;Saudi Arabia.

I

No comments:

Post a Comment