klik sini

Friday, August 19, 2011

Impilkasi Teori Pembelajaran Sosial


Ahli pemikir atau ahli falsafah mempunyai pandangan yang berbeza dan pendapat yang menjurus kearah pemikiran berdasarkan pemerhatian masing-masing. Para guru harus bijak meneliti dan memahami teori pembelajaran sosial ini, sekaligus meningkatkan kualiti dan menguasai kelas dengan kadar yang paling optima. Contohnya, ahli behavioris mengatakan bahawa pembelajaran melibatkan perubahan tingkahlaku. Namun dari sudut pandangan ahli teori kognitif, mereka berpandangan bahawa tingkahlaku adalah hasil pemprosesan maklumat yang melibatkan proses mental. Ahli pembelajaran sosial berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui pemerhatian sahaja. Oleh itu, pembelajaran tidak semestinya akibat perubahan tingkahlaku. Pelopor bagi teori pembelajaran sosial lebih menekankan pemerhatian murid dalam pembelajaran. Kajiannya menggunakan patung ‘Bobo’ menunjukkan permerhatian yang lebih oleh murid-murid prasekolah terhadap aktiviti pembelajaran atau terhadap gurunya sendiri. Oleh yang demikian,guru seharusnya menyedari implikasi teori pembelajaran sosial untuk mematangkan teknik pengajaran dalam kelas mahupun mematangkan lagi pemahaman guru tersebut dalam suasana pembelajaran dalam kelas. Antara implikasi terhadap guru adalah murid-murid akan menjadikan guru tersebut sebagai tiruan tingkahlaku di dalam kelas. Guru tersebut akan menjadi daya penarik samada dari segi penampilan yang kemas, suara yang lantang, arahan yang jelas, pengajaran yang merangsang dan sebagainya. Murid akan meniru perlakuan atau bahasa tubuh yang menarik dan mengaplikasikannya dalam aktiviti seharian murid tersebut bahkan sehingga seluruh hidupnya pada masa hadapan. Oleh yang demikian, guru perlu menitikberatkan tentang penampilan dan perwatakan agar menjana peribadi murid yang lebih berketrampilan pada masa hadapan. Di samping itu, guru bertanggungjawab untuk mendedahkan murid-murid kepada pelbagai jenis role model. Dengan itu, masalah stereotaip boleh diatasi dalam kalangan murid-murid terhadap satu-satu kumpulan etnik atau status sosioekonomi. Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap pelbagai disiplin, menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah, psikologi, dan banyak lagi. Ia telah muncul sebagai suatu bidang kajian berasingan pada lewat kurun kedua puluh. Dalam banyak perkara, bagaimanapun, pakar sosioekonomi berfokus pada kesan sosial sesetengah jenis perubahan ekonomi. Perubahan tersebut boleh termasuk menutup kilang, manipulasi pasaran, menandatangani perjanjian perdagangan antarabangsa, kawalan gas asli dan sebagainya. Kesan-kesan sosial seperti itu dapat menjadi berlingkungan luas dalam saiz, daripada kesan tempatan pada suatu masyarakat kecil ke perubahan pada keseluruhan masyarakat. Contoh-contoh kesan sosioekonomi termasuk teknologi baru seperti kereta atau telefon bimbit, perubahan pada undang-undang, perubahan pada alam fizikal (seperti bertambah kesesakan dalam bandar), dan perubahan ekologi (seperti kemarau memanjang atau kemerosotan stok ikan). Ini boleh mempengaruhi corak penggunaan, pembahagian pendapatan dan kekayaan, cara di mana orang berkelakuan (kedua-dua dari segi keputusan pembelian dan cara bagaimana mereka memilih menggunakan waktu mereka), dan kualiti hidup yang keseluruhannya. Sasaran kajian sosioekonomi umumnya untuk membawa pembangunan sosioekonomi, biasanya dari segi pembaikian dalam metrik seperti KDNK, jangka hayat, celik huruf, kadar pekerjaan dan lain-lain. Dalam konteks pembelajaran dalam kelas, guru perlu menekankan bahawa tiada perbezaan dalam menjalani proses dan aktiviti di dalam kelas. Hal ini kerana, dewasa ini, seringkali berlaku pertembungan budaya yang menetapkan perbezaan status dalam masyarakat. Sesetengah golongan bertaraf professional lebih cenderung membezakan taraf dan kedudukan masing-masing dalam masyarakat. Akhirnya, anak-anak juga menunjukkan peribadi yang sama dan menyukarkan perjalanan aktiviti di sekolah dan di dalam kelas. Penting bagi guru untuk menghapus dan menyamaratakan status murid di dalam kelas. Di samping itu, dengan mengetahui teori pembelajaran sosial ini, guru perlu menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling berlaku. Insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberikan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid. Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Bilik darjah yang kondusif merangkumi 4 aspek utama iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah serta rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid lain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psiko-sosial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. Fungsi peraturan dan rutin dijalankan secara serentak kerana setiap aktiviti murid-murid perlu ada pengawasannya. Peraturan dan rutin dibincangkan bersama guru dengan murid untuk memberikan keselesaan kedua-dua belah pihak. Implikasi yang seterusnya menjurus kepada pengetahuan guru sendiri. Guru seharusnya menimba lebih banyak ilmu pengetahuan khususnya dalam pedagogi pengajaran dan matapelajaran utama umumnya. Tanpa guru berkualiti, adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan dan pembentukan disiplin murid seperti yang diinginkan. Para guru seharusnya sedar betapa besarnya usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan dan rona pendidikan yang semakin mencabar. Seterusnya, hasrat untuk melahirkan guru yang berpengetahuan haruslah dilakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh. Contohnya guru ringan tulang untuk menyertai seminar, forum, pembentangan kertas kerja, dan lain-lain samada di peringkat yang rendah atau yang tertinggi. Guru berkualiti adalah guru yang mampu menguasai dan merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri guru sendiri sebagai alat untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahkan, guru juga perlu mengenali teknik-teknik pengajaran yang berkesan, terkini dan menarik minat pelajar. Dengan ini, murid lebih faham, bertambah minat, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi dan akhirnya melakukan aktiviti dengan proses pengajaran yang telah dijalani.

PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar ( Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid-murid belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah tersebut tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap murid dengan memastikan keperluan asas wujud dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira tentang aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut selesa atau tidak.

Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku kandungan matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi ruang kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. Dalam hal ini, guru boleh memberikan peluang kepada muriduntuk memilih pembelajaran yang mereka mahukan sesuai dengan minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami sesuatu pelajaran sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara tersebut. Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak langsung minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan murid itu mudah menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Pembelajaran melalui proses kebebasan dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri sendiri.

Menurut Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon Pong Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah yang tenang dan selesa, tetapi juga menyediakan keadaan bilik darjah yang selamat kepada murid-murid. Keselamatan bilik darjah tersebut termasuklah keadaan bilik darjah. Susunan meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat murid-murid untuk belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi murid-murid. Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan murid dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang. Guru juga penting untuk mengambil kira aspek keselamatan pelajar ketika mereka berada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut. Contohnya tidak ada gangguan atau halangan daripada mana-mana individu yang boleh menyebabkan murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan lain yang suka membuli atau sebagainya.

Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru boleh mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Rogers menyatakan seorang guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2009). Guru boleh memanfaatkan cara ini ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid perlu tahu apa yang mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru agar mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah tersebut. Pada hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan suasana pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga perlu membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah akan menimbulkan minat dan motivasi dalam diri murid untuk belajar. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik ketika menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan cepat dan mudah. Dalam pendekatan humanistik, guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru bukan sahaja bertindak sebagai menyampaikan ilmu semata-mata malahan guru juga bertindak untuk memberikan motivasi kepada murid-murid. Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat ( Choong Lean Keow, 2011). Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Motivasi mampu merangsang dan membantu seseorang murid untuk mencapai matlamat pembelajaran. Motivasi juga mampu membuatkan murid aras rendah berkeyakinan untuk meningkatkan perkembangan kognitifnya. Dalam pendekatan humanistik Rogers juga, guru haruslah berkongsi perasaan dan idea dengan murid-murid. Guru perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala. Komunikasi yang baik antara guru dan murid dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan hubungan antara guru dan murid menjadi lebih baik. Perkongsian perasaan dan idea akan memudahkan guru untuk memahami murid-muridnya. Guru juga mudah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang berkaitan dengan masalah murid. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga boleh mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak akan berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru mereka.Komunikasi yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer. Perkongsian perasaan membolehkan situasi bilik darjah mudah dikawal oleh guru kerana guru mengetahui di mana kelemahan seseorang murid tersebut. Hal ini memudahkan guru tersebut mengambil langkah mengawal dan menyelesaikan masalah murid tersebut. Setiap orang pasti akan menghadapi kegagalan, namun kegagalan tidak bermaksud kekalahan. Guru haruslah membimbing muridnya untuk membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa rasa jemu.Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum memulakan sesi pembelajaran agar mereka dapat memberikan tumpuan yang baik. Motivasi juga boleh diberikan dalam bentuk lain contohnya dengan memberikan ganjaran. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya. Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid dapat memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya memperkembangkan potensi diri sendiri. Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak atau murid-murid terhadap dirinya sendiri. Kepuasan seseorang murid dalam diri sendiri akan meningkatkan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya seorang guru yang mengajar murid tahun satu perlu menyediakan soalan-soalan latihan yang sesuai dengan aras murid tersebut agar mereka dapat menjawab soalan tersebut. Jika mereka mendapat soalan yang susah dan tidak dapat menjawab soalan tersebut, mereka akan menganggap bahawa diri mereka bodoh dan seterusnya menyebabkan keyakinan dalam diri mereka rendah. Perasaan rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya potensi diri dalam seseorang murid. Mereka akan sentiasa berasa gelisah dan bimbang kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru setiap kali guru mengajar di dalam kelas. Sikap intrinsik akan mempengaruhi kepercayaan murid-murid tentang kebolehan diri untuk meningkatkan pencapaian. Disamping itu, guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dalam pembelajaran dengan cara memberi perhatian kepada potensi diri setiap pelajar mereka khususnya melibatkan bakat dan kebolehan terpendam. Guru boleh menjalankan pelbagai pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam diri murid-murid. Contohnya pertandingan melukis. Dengan mengajurkan pertandingan ini, guru dalam melihat murid-murid yang berbakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mengasah bakat semulajadi yang mereka ada tu. Murid-murid yang mengikuti bidang yang mereka minati akan berkebolehan untuk berjaya dalam bidang tersebut. Pendekatan humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Dalam erti kata lain perasaan ingin belajar dalam diri individu di dorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut. Dalam hal ini, murid-murid tersebut akan mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka masing-masing. Di sini guru memainkan peranan yang penting. Guru perlu menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar. Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih berkonsepkan kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Sebagai fasilitator, guru perlu memainkan peranan dengan membimbing murid-murid agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, ketika guru hendak mengajar karangan di dalam kelas, guru hanya perlu menyediakan gambar sebagai panduan kepada murid-murid tersebut. Melalui gambar tersebut murid boleh menghasilkan sebuah karangan dan seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran dalam diri murid. Guru memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menilai karangan mereka sendiri berdasarkan daripada skema yang ditetapkan oleh guru tersebut. Seorang guru juga perlu bersikap prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru perlu menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih proaktif melalui komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan tanpa melibatkan kelompok besar di dalam bilik darjah. Dengan cara ini pelajar tidak akan berasa malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini juga dapat mengelakkan murid-murid daripada berasa rendah diri. Disamping ituguru juga perlu mengambil berat akan aspek perbezaan individu khususnya isu sensitif yang melibatkan perbezaan latar belakang dan kepelbagaian kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru tidak boleh merendah-rendahkan kaum lain di hadapan murid-murid yang berbilang kaum agar tidak timbul masalah-masalah dalam kelas tersebut. Sesetengah murid sangat sensitif dan merasa rendah diri apabila kaum mereka di rendah-rendahkan. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi kepuasan intrinsik murid-murid tersebut dan keyakinan diri rendah. Selain daripada itu, seorang guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dengan cara menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya dalam pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif. Sebagai contoh guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Murid-murid akan berbincang bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Murid-murid akan didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat belajar sebagai satu pasukan. Murid-murid dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan lain untuk menjawab soalan tersebut. Murid-murid juga dapat belajar untuk saling berkerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam kelas juga, guru perlu mengajar murid-murid dengan penuh kasih sayang. Dalam hirarki keperluan Maslow, keperluan kasih sayang berada pada aras ketiga ( Choong Lean Keow, 2011). Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang murid. Guru yang melayan murid-murid dengan sikap kasar menyebabkan murid akan berasa kecil hati dan tidak bersemangat untuk belajar. Guru juga perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini penting supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran dijalankan. Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu pelajaran sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting dan memastikan mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling sesuai bagi memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan dengan berjaya dan berkesan.

..KEPENTINGAN AKIDAH..

KEPENTINGAN AKIDAH

Malaysia kini, kanak-kanak yang berusia seawal empat tahun sudah dihantar ke pusat pengajian samada Tabika Kemas, Pasti atau Prasekolah. Ketika proses perkembangan minda ketika usia ini, kanak-kanak mudah memahami dan cepat menghafal perkara-perkara baru yang diajar. Justeru itu, penting bagi seseorang guru untuk membimbing pemikiran atau lebih khusus akidah murid pada peringkat perkembangan awal sekolah rendah.

Mengimbau kembali sejarah kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Betapa hebatnya Islam menguasai seluruh pelusuk dunia dengan ajaran yang benar dan melengkapi seluruh aspek kehidupan. Daripada segi ekonomi, kemajuan, politik, dan sebagainya Islam memuncak sebagai satu kuasa besar yang kukuh. Dua pertiga dua ditakluk dengan jayanya, ajaran Islam menyeluruh dan menjadi bualan pada bibir kawan mahupun lawan. Namun, bukan itu yang harus direncana dengan gah pada muka ini. Namun lihatlah pada pembinaan dasar yang dilakukan oleh utusan Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Pembangunan akidah ini bermula sejak kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w di Mekah lagi. Kebangkitan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. bermula secara rahsia di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Pada masa tersebut, belum ramai yang mahu mengakui kebenaran yang disampaikan Nabi Muhammad s.a.w. walaupun seluruh Mekah mengenali Nabi Muhammad s.a.w sebagai Al-Amin iaitu bercakap benar. Baginda membentuk akidah para sahabat dan pengikut pada masa tersebut hingga kekuatan akidah tidak mudah dilentur dengan mata pedang sekalipun. Dapat dilihat dengan jelas apabila akidah Bilal bin Rabah diuji dengan seksaan oleh tuannya. Namun, hasil usaha keras yang diusahakan oleh Nabi Muhammad s.a.w, perkataan “Ahad” sentiasa di bibir hingga tamat riwayat Bilal bin Rabah. Begitulah betapa kuatnya pegangan akidah yang dibina pada dasar yang sempurna dan ikhlas.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang dikatakan oleh pepatah melayu. Bayangkanlah buluh yang keras dapat dilentur daripada rebungya, apatah lagi anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa dapat diserapkan dengan akidah yang mantap dengan mudah. Anak-anak kecil mudah menerima sebarang ilmu baru yang diberi kepada mereka dengan mudah. Sehubungan dengan itu, haruslah mereka dididik dengan akidah yang tepat dan tidak terpesong. Hal ini demikian kerana, betapa ramainya remaja sekarang yang menjadi liar dan tidak mengikut haluan Islam yang sebenarnya kerana tidak dididik dengan akidah yang betul ketika masih kecil lagi. Oleh itu, peranan ibu bapa dan guru amat penting bagi membimbing anak-anak kecil ini dengan akidah yang betul.

Jika dilihat masyarakat pada ketika kini, mereka kurang jelas mengenai bimbingan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mereka masih mencari-cari pegangan untuk memenuhi fitrahnya yang mahukan pegangan hidup. Demikian juga kepentingan akidah kepada peribadi muslim adalah menyerah diri kepada Allah. Penyerahan diri kepada Allah bukan sahaja meliputi dari aspek lahiriah bahkan batiniah. Ditambah pula dengan perjanjian kita semua di alam roh bahawa akan beriman dengan Allah s.w.t. Pemikiran dan jasad semua bertumpu kepada amalan kepada Allah dan tidak disandarkan kepada sesuatu yang lain. Sejarah menunjukkan betapa manusia memerlukan bimbingan dan fitrah untuk beragama sehingga ada yang menjadikan tumbuhan, batuan, atau benda-benda hidup sebagai Tuhan yang harus disembah. Pada zaman teknologi tinggi ini sekalipun, masih terdapat sebilangan manusia yang menganut kepercayaan animisme ini. Penekanan tinggi perlu diberikan kepada murid-murid sekolah rendah agar menerima konsep akidah yang benar.

Akidah juga merupakan akar tunjang kepada pembentukan peribadi mulia dan akhlak yang luhur dalam diri murid-murid sekolah rendah. Bayangkanlah bagaimana hidup mereka tanpa akidah ataupun pegangan agama, mereka akan hidup tanpa arah tuju. Hidup menjadi sia-sia dan amalan menjadi tidak berguna. Justeru itu jelaslah bahawa tanpa akidah islam dan cahaya hidayah islam, kehidupan mereka akan menjadi kucar-kacir dan hidup mereka akan berada dalam kegelapan tanpa agama. Janganlah menjadi seperti ilmu tanpa amal adalah sia-sia, amal tanpa ilmu adalah gila. Semua pihak perlu bersepakat agar menambahkan lagi sukatan ilmu akidah dalam silibus pelajaran sekolah rendah agar akidah Islam yang menjadi akar tunjang seseorang murid akan menjadi lebih kukuh dan utuh.

Betapa pentingnya Pendidikan Akidah pada peringkat sekolah rendah kerana tanpa akidah islam manusia akan menyembah selain daripada Allah. Hal ini jelaslah bahawa setiap amalan dan ibadat anak-anak adam akan menjadi tidak berguna dan tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t akan mengampunkan dosa setiap hamba-hambanya. Oleh itu, janganlah kita takut untuk bertaubat jika telah terpesong akidah. Bertaubatlah kepada Allah s.w.t sebelum mata terpejam, sebelum jantung berhenti berdetak, sebelum jasad hanya menjadi jasad. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Bersahabatlah dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Hal ini kerana jika kita bersahabat dengan peminum arak kita akan berbau arak, jika bersahabat dengan tukang kayu kita akan terlekat habuknya, tetapi jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi pasti kita akan berbau wanginya.

Dengan adanya Pendidikan Akidah Islami di sekolah rendah, manusia akan terhindar daripada kufur, syirik, dan murtad. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t akan mengampun semua dosa sekiranya kita bertaubat. Tetapi, sebesar-besar dosa adalah syirik iaitu menyekutukan Allah dan dosa syirik tidak akan diampun oleh Allah s.w.t. Oleh itu, amalan-amalan dan kata-kata yang boleh membawa kepada syirik dan penyekutuan kepada Allah s.w.t. perlu dihindari. Betapa pentingnya akidah Islam kerana dengannya kita menerima kurniaan Allah s.w.t dan bersyukur dengan segala nikmatnya termasuk nikmat iman dan Islam. Bayangkanlah tanpa akidah Islam, murid-murid sekolah rendah yang masih lagi tercari-cari karakter dan peribadi diri ini akan mudah terpengaruh dengan gejala murtad yang kian menular dalam masyarakat hari ini. Mereka yang diibaratkan bagai kain batik yang masih kosong ini perlu decanting dengan hiasan-hiasan dan corak-corak yang baik. Jika baik corak dan hiasannya maka eloklah batik tersebut. Begitulah juga sebaliknya.

Pendidikan Akidah juga adalah sumber segala kesempurnaan. Ianya merangkumi semua ilmu yang ada di dunia ini. Ia menjadi asas kepada ilmu Akhlak, Feqah, Usuluddin, serta ilmu Sains, Matematik, Kajian Tempatan, dan sebagainya. Semua ilmu ini adalah lahir daripada ilmu akidah. Tanpa ilmu akidah manusia akan sukar untuk menerima segala ilmu lain kerana segala-galanya akan kembali kepada ilmu akidah yang menyatakan bahawa Allah s.w.t adalah pencipta sekalian alam yang kita diami ini. Jelaslah bahawa ilmu akidah terlalu penting dalam pendidikan rendah kerana menjadi asas kepada pembentukan iman mereka kerana “ Awwaluddin ma’rifatullah”. Asas kepada agama Islam adalah mengenali Allah s.w.t.

Tuesday, August 16, 2011

..KELEBIHAN PENGGUNAAN BUKU TEKS..

PERTAMA : Adalah sebagai bahan bantu mengajar yang membantu guru dalam proses bagi merancang organisasi dan maklumat serta aktiviti dalam pnp..

KEDUA : Bahan @ sumber rujukan utama murid sekolah rendah yang membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan.

KETIGA : Sumber maklumat yang seragam.Memudahkan guru mengajar kerana semua murid mempunyai sumber pelajaran yang sama.

KEEMPAT : Mempunyai gambar, graf, peta, dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid.

KELIMA : Mempunyai bahan-bahan pengajaran seperti latihan dan soalan yang meringankan beban guru dalam penyediaan bahan pnp.

KEENAM : Soalan-soalan peperiksaan dibuat berdasarkan buku teks dan memudahkan murid mengulangkaji semua isi pelajaran dalam buku teks.

KETUJUH : Dibuat berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang mengehadkan tahap penguasaan pelajar mengikut darjah.

KELAPAN : Tidak membebankan ibubapa untuk membeli buku teks kerana diberi percuma oleh kerajaan.

UNTUK LEBIH BAIK GORENG LAGI NOTA-NOTA INI...SELAMAT BERUSAHA!!!



Thursday, June 23, 2011

slide perkembangan fizikal

ambik ni utk kawan-kawan semua

..KAEDAH TASMI', KAEDAH TIKRAR, DAN TALAQQI MUSYAFAHAH..

Kaedah Tasmi’


Walaupun kaedah tasmi’ lebih sesuai digunakan dalam kemahiran hafazan,
namun anda boleh praktikkan kaedah ini dalam kemahiran bacaan Al Quran
untuk menguji bacaan murid yang telah mahir dalam penguasaan membaca Al
Quran.

Dalam kaedah ini, murid akan diminta membaca surah surah yang
ditetapkan di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan
memperbetulkan. Selepas itu, murid boleh ditanya tentang hukum hukum
bacaan atau tajwid dan maksud tanda tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara sama ada guru mendengar dan meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau individu secara bergilir gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring. Antara kekuatan kaedah ini adalah seperti berikut:

(i) Guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat;
(ii) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan;
(iii) Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan sebenar murid;
(iv) Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid; dan
(v) Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik.

Kaedah Tikrar (Ulangan)

Kaedah tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih tubi.Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara berulangkali.

Caranya adalah :

(i) Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru;
(ii) Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain lalu
murid murid membaca secara kelas; dan
(iii) Seterusnya, murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan,
sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca,
sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.

Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, ia hendaklah dilakukan secara berturutan dan berulang kali.

Berhubung kaedah tikrar ini,Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis yang bermaksud :

‘Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara kepada para sahabat
sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.’

Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan supaya ia
berkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud :

‘Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu satu
ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w
diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk
memahaminya.’

Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini adalah dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa yang sama dan jangan lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang di antaranya. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain untuk didengar oleh murid. Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut,rakam suara murid di dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut kepada murid agar mereka dapat mengesan kesilapan kesilapan bacaan mereka sebelum anda membetulkan kesilapan tersebut.

Antara kekuatan kaedah ini adalah :

(i) Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid;
(ii) Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan; dan
(iii) Kaedah ini dapat membina keyakinan murid.

Kaedah Talaqqi Musyafahah

Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara
bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan
bibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah
mempelajari bacaan Al Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu penurunan wahyu yang pertama.
Malaikat Jibrail a.s membacakan ayat ayat Al Quran kepada Rasulullah s.a.w dan baginda mengikut bacaan tersebut, lalu terus menghafaznya.

Kemudian, Rasulullah s.a.w membacakan pula ayat ayat tersebut kepada para sahabat baginda. Para sahabat menulis lalu menghafaznya.

Kaedah ini boleh anda aplikasikan di dalam kelas dengan cara anda memberi
contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan
guru secara beramai ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang
murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan
bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain. Carta ayat ayat Al Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung, kad manila dan sebagainya.

Antara kekuatan kaedah ini adalah :

(i) Kaedah ini amat berkesan jika anda ingin mengenalpasti secara amali tahap
kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum hukum tajwid dalam
bacaan Al Quran yang meliputi makhraj makhraj huruf, sifat sifat huruf
dan lain lain hukum tajwid; dan
(ii) Pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas.

HADIS NABI DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA

HADIS NABI DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA

Dizaman ini Sumber syariat yang kedua iaitu Hadis tidak ramai mahu mengikutinya sehinggakan munculnya golongan yang mengelar diri mereka golongan Anti-Hadis.Jika diMalaysia tokohnya ialah Kasim Ahmad.Tidakkah mereka membaca firman Allah

“kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59].

dan juga Maksud firman Allah:

“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk ke jalan yang lurus, Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan”. [asy-Syura 42:52-53]

.Hadis adalah sumber yang paling ramai manusia mahu selewengkan.Sama ada seleweng atas kepentingan individu,politik dan kemazhaban,dan perkara ini amat meruncing dewasa ini yang dimana sumber ini amatlah mustahak dijaga dengan teliti.Tidakkah mereka-mereka ini membaca sabda nabi“sesiapa yang berdusta atas namaku,maka siap-siaplah tempatnya didalam neraka”(hadis sahih).Dan penjagaan keatas ketulenannya adalah tanggungjawab umat islam bersama tidak kira sama ada arab atau bukan arab semuanya atas dasar persaudaraan dan takwa kepada Allah SWT.

Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, Iaitu orang-orang yang MENGIKUT Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi…… [al-A'raaf 7:156-157]

Artikel saya pada kali ini lebih menjuruskan kepada sejarah periwayatan hadis dan bagaimana berkembangnya hadis-hadis nabi serta usaha-usaha untuk menjaga ketulenan hadis tanpa sebarang penyelewengan.Saya memulakan dengan memperkenalkan Apa sebenarnya itu hadis.Makna Hadis adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dari ucapan,perbuatan,taqrir(diam). “Hadis adalah penerang kepada Quran.Jika tidak ada sunnah nescaya umat islam tidak akan tahu banyak tentang hukum-hukum islam,tentang muamalah ataupun ibadah”.(petikan dari buku Panduan memahami syariat oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi).Setelah saya menerangkan makna Hadis secara ringkas dan fungsinya maka seterusnya kita akan membincangkan sejarah dan masa perkembangan hadis sejak dari zaman Nabi hinggalah ke zaman sekarang.

Menurut para penulis sejarah hadis,mereka sendiri berbeza pendapat dalam pembahagian zaman hadis. “Ada yang membahagikan kepada 3 zaman hadis dan ada yang membahagikannya kepada 5 bahkan ada yang membahagikannya kepada 7 zaman”.(M.Hasbi Ash-Shidique dalam karyanya sejarah hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis).Saya lebih tertarik membahaskan sejarah pengembagan hadis ini kepada 7 zaman kerana perbahasannya lebih sistematik, teliti dan jelas.Dan sesuailah dengan fitrah dimana Sunnah itu adalah petunjuk yang jelas tiada kesamaran, “Sunnah,seperti halnya Quran memberikan penjelasan tentang hakikat-hakikat yang paling agung pengetahuannya yang paling mulia,petunjuk yang paling tinggi, dalam bentuk yangjelas dan mengagumkan,sederhana dan mudah.Tidak mengada-ada dan juga tidak mempersulitkan”[ Yusuf al-qardhawi dalam kitabnya panduan memahami syariat].Allah berfirman kepada rasulNYA, “katakanlah(hai muhamad),aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku,dan b ukanlah aku termasuk orang-orang yang MENGADA-ADAKAN” (surah shod:86 ). Bagi meneruskan perbahasan mengenai sejarah perkembangan Hadis ,eloklah saya menerangkan serba sedikit motif atau tujuan utama saya dalam menulis artikel ini.Tujuan utama saya menulis artikel ini adalah semata-mata untuk berkongsi ilmu dan saling menasihati dan memberi pengajaran (ibrah) diantara satu sama lain.Dan saya memahami situasi sebagai seorang pelajar yang tidak banyak masa untuk membaca buku-buku agama dan yang berbentuk islamik.Selain itu disebabkan tugasan yang berlambak dan pelbagai ‘kerja’ yang perlu dibereskan,terutamanya pelajar yang bukan dari jurusan agama.Oleh itu saya berusaha mencari altenatif lain bagi memangkin keupayaan dan minat semua pembaca bagi lebih tertarik untuk mendekati islam melalui penulisan yang tidak terlalu berat.Dan saya memikirkan bahawa menceritakan sajarah hadis sacara ringkas InsyaAllah dapat memberi sedikit para pembaca ruang untuk berjinak-jinak dalam mengenali sumber ke-dua islam ini secara jelas dan dekat..Baiklah penulisan saya pada kali ini akan menyentuh secara ringkas perkembangan hadis dan tokoh-tokoh utama dalam bidang ini.

Menurut M.Hasbi Ash-Shidique dalam karyanya ‘sejarah hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis’ zaman hadis terbahagi kepada 7 zaman,zaman itu adalah :

· Zaman pertama ialah semenjak dari Rasullullah Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul sehinggalah Baginda wafat.Zaman ini dinamai dengan nama “asrul wahyi wat takwin”.Ketika ini hadis-hadis nabi disampaikan melalui banyak medium,antaranya ialah majlis ilmu,pertemuan-pertemuan umum,kutbah di masjid,secara perseorang(jika seseorang sahabat malu untuk bertanya dihadapan orang ramai),melalui isteri-isteri nabi ,melalui utusan-utusan nabi yang dikirimkan ke daerah-daerah lain,dan melalui para sahabat.Ketika ini semua persoalan agama terus ditanya kepada Nabi tanpa berlakunya ijtihad dan sebagainya(kecuali jika utusan-utusan yang dihantar ke daerah-daerah yang jauh dari nabi).Dan tiada ketakutan munculnya hadis-hadis palsu kerana semua hadis boleh terus diperiksa kepada nabi.Dan ini adalah zaman yang terbaik sekali dalam islam.

· Zaman kedua ialah semenjak permulaan masa pemerintahan Abu Bakar As-sidiq sehingga berakhirnya Zaman Ali bin Abi Talib atau dari tahun 11 H sehingga tahun 40 H.Zaman ini dinamakan “Asrut tatsabbuti wal iqlali minar riwayah”.Zaman ini adalah juga dalam linkungan zaman yang terbaik,ia bertepatan dengan Hadis nabi “sabaik-baik manusia adalah kaumku kemudian selepasnya,kemudian selepasnya pula” (Hadis sahih).Dan Kepercayaan Nabi terhadap khulafak rashidin juga terbukti melalui hadis “Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kalian berpegang pada sunnah ku dan sunnah KHULAFA” AR_RASYIDIN yang mendapat petunjuk.Berpeganglah dengannya dangigitlah ia dengan garaha.Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan(dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan adalah bidaah dan bidaah adalah sesat” (HR Abu Daud dan Tirmidzi.Tirmidzi mensahihkan.Hal ini dipersetujui oleh Az-zahabi di dalam Tahqiq al-mustadarak).

· Zaman ketiga ialah zaman dari berakhirnya Zaman Khulafa’ Ar-rashidin,atau permulaan masa sehinggalah penghabisan Abad pertama hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “asrul intisyarir riwayah ilal amsar”.Pada ketika ini muncullah golongan-golongan yang banyak memalsukan hadis demi kepentingan politik,mazhab dan lain-lain.Pada ketika ini jugalah kemunculan secara berani Golongan Syiah dan Khawarij serta perpecahan berlaku dikalangan umat islam.Syiah dengan akidahnya yang bertentangan,khawarij dengan fiqh yang sonsang dan berbagai lagi.Namun Alhamdulilah,disebalik semua ini umat islam bangkit dengan menubuhkan lembaga-lembaga hadis bagi menjaga ketulenan dan keutamaan hadis dari tangan-tangan kotor yang ingin merosakkan sumber islam yang kedua ini.Diantara lembaga hadis yang tertubuh adalah lembaga hadis Makkah yang ditubuhkan oleh para sahabat yang masih hidup yang dipimpin oleh Abdullah ibn Abbas dengan kerjasama sahabat-sahabat yang masih ada.Kemudian lembaga hadis Madinah yang dipimpin oleh Zaid bin Tsabit (wafat 45H) dan para sahabat yang lain.Seterusnya lembaga hadis kufah dippimpin oleh Abdullah ibnu Masud,lembaga hadis Syam pula diketuai oleh Ubadah ibn Shamit seorang sahabat yang menghafal seluruh Quran,ahli dalam bidang Feqh dan sangat komited dalam menegakkan kebenaran sehinggakan menurut riwayat beliau kerap kali menyanggah perbuatan Mu’awiyah yang tidak selari menurut batas-batas agama.Dan Lembaga Hadis Mesir yang diketuai oleh Abdullah ibn Amr ibn Asb seorang sahabat yang menerima banyak hadis dari Nabi dan sahabat dan menulis hadis-hadis yang diddengarinya.Selain menubuhkan lembaga-lembaga hadis,pada ketika itu juga ramai para ulama berkelana di keseluruh tempat bagi memperolehi hadis dari para sahabat ,tabien,menyemak hadis yang dihafal Disamping itu para ulama mula menekankan kepentingan mengetahui status perawi hadis sama ada lemah daya ingatan, tidak dipercaya dan sabagainya.Selain untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan saling bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.

· Zaman keempat ialah sejak dari bermulanya abad ke-2 Hijrah hinggalah akhir abad ke-2 Hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “asrulkitabati wat tadwien”.Zaman ini jugalah baru hadis-hadis nabi diusahakan untuk dibukukan,antaranya usaha yang dijalankan oleh Khalifah umar ibnu Aziz di penghujung tahun 100H.[Namun beberapa riwayat mengatakan usaha untuk membukukan hadis sudah dimulakan lagi ketika di Zaman Khalifah Bani Umaiyah tapi tidak berapa sempurna,oleh itu ketika kepimpinan di zaman Bani Abasiah barulah sempurna usaha-usaha tersebut]..Beliau menulis surat kepada Gabenor yang juga Hakim di Madinah iaitu Abu Bakar ibn Hazm untuk membukukan hadis yang ada pada Amrah binti Abdur Rahman al-Anshari dan Al-Qasim ibn Muhamad ibn Abu Bakar, serta menghantar surat kepada seluruh Gabenar di kota-kota besar agar mengumpul hadis yang ada pada para ulama ketika itu untuk kegunaannya.Dizaman ini jugalah muncul ilmu Tajieh dan ta’diel,dan untuk mengkritik dan menilai rijalulhadis muncullah 2 orang hafiz besar iaitu Yahya Ibnu Saad Al-Qaththan (meninggal 189H) dan Abdur Rahman ibnu Mahdi(meninggal 198H).Para ulama memberi kepercayaan kepada 2 tokoh ini,menurut mereka jika sesiapa yang dipandang tsiqah(percaya dan adil) oleh 2 orang tokoh ini maka diterima riwayat dari orang tersebut,jika sebaliknya maka ditolak riwayatnya.Dan kitab hadis yang terhebat pada ketika itu adalah Al-Muwatha’ yang disusun oleh Imam Malik ada yang berkata bahawa kitab ini diusahakan selama 40 tahun.Menurut Ibnu Hubab pada awalnya hadis yang terdapat dalam muwatha’ adalah 10 ribu hadis ,namun Imam Malik membetulkan hadis-hadis tesebut sehinggalah tertinggal 500 hadis sahaja.Kemasyuran Al-Muwatha’ dikatakan sehingga menyebabkan Seorang Khalifah Bani Abasiyah mahu mengantungkan Kitab tersebut di dinding kaabah dan mengharuskan umat islam mengikutnya namun Imam Malik menolak cadangan tersebut dan tidak membenarkan ia diperbuat begitu kerana beliau mengingatkan bahawa Rasul sendiri berbeza pendapat dengan para sahabat dalam bidang Furu’.

· Zaman ke lima ialah dari awal abad ke-3 Hijrah sehinnga Akhir abad ke-3 Hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “Asrut tajridi wat tashihi wat tanqihi”.Pada zaman ini bermulalah perselisihan faham antara ahli hadis dan Ahli Kalam yang menetapkan dasar-dasar agama seluruhnya dan akidah berdasarkan akal semata-mata.Ia bertambah rancak apabila seorang tokoh di Basrah iaitu Washil bin Atha’ (anak murid Hasanul basri)meninggalkan majlis ilmu yang disampaikan oleh Hasan Al-Basri dan menetapkan dasar-dasar lain yang tidak sesuai dengan Mazhab Hasanul Basri serta para ulama salaf yang lain.Dan pengikut-pengikut Washil dinisbahkan sebagai Golongan Muktazilah,dinamakan muktazilah kerana Washil mengasingkan diri dari majlis ilmu gurunya iaitu Hasan Al-Basri.Antara kesalahan besar Golongan Muktazilah adalah mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah Makhluk bukannya Kalam Allah.Dan pada ketika ini juga usaha pembukuan hadis diteruskan oleh para ulama,antara kitab yang masyhur pada ketika itu adalah: musnad Ahmad,tawilu mukhtsfili hadis,sahih Bukhari,Sahih Muslim,Sunan Nasai’,Sunan Abu Daud,At-Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah.

· Zaman keenam ialah dari permulaan abad ke-4 H hinggalah kepada masa jatuhnya kota Baghdad pada tahun 565 H.Zaman ini dinamakan “asrut tabzibi wat tartibi wal istidraki wat takhriji wal bahtsi ‘aniz zawaid”.Zaman ini bermulalah masa penelitian,penerbitan dan pengumpulan hadis-hadis yang khusus.Menurut riwayat sejarah yang sahih abad ini(111H) [M.Hasbi Ash-Shidique dalam karyanya sejarah hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis zaman] adalah abad yang paling gilang gemilang bagi perkembangan hadis.Dalam abad ini lahirlah tokog-tokoh hadis yang terkenal dan imam-imam riwayat.Dalam abad ini juga lahirlah kitab enam(sahih bukhari,muslim,Muwatha’,Nasai,Abu Daud, dan Tirmidzi) yang mengumpul segala hadis yang sahih,sejarah perawi dan kedudukan mereka dalam bidang jarah dan ta’dil.Antara tokohnya ialah Al-Hakim,Daraquthni,Ibnu Hiban,At-Thabarani,Qasim ibnu Asbagh,Ibnu Sakan dan ath-Thahawi.Selain itu pada zaman ini pelbagai usaha dilakukan bagi memperkembangkan ilmu hadis ini,antaranya ,mengumpul hadis-hadis yang terdapat dalam pelbagai kitab,mengumpulkan hadis hokum(iaitu kitab Muntaqal Akhbar oleh Ibnu Taimiyah kemudiannya disyarahkan oleh Asyaukani dalam kitab Nail Authar,Kitab As-sunanul Kubra oleh Al-Baihaqi Ahmad Ibnu Husain dan juga al-Baihaqi mempunyai sebuah kitab lagi iaitu sunanul Sughra,Kitab Al-Ahkamusi Sughra dan kitab Amdatul Ahkam oleh Abdul Ghani ibnu Abdul Wahid.Selain itu mengumpulkan juga hadis-hadis mauidhah(tarhib wa targhib) dan juga menyusun kitab-kitab athraf.

· Zaman ketujuh .Zaman sejak 656 H sampai sekarang. Zaman ini dinamakan dengan nama “’Ashmsy syarhi wal jam’il ‘am wat takhriji wal bahti ‘za zawaid”.ZAman ini adalah zaman yang terakhir dalam perkembagan hadis,pada masa ini usaha mensyarah,mengumpul hadis yang umum,mentakhrij dan membahaskan hadis tambahan berlaku dengan rancak dikota-kota islam.Pada zaman ini jugalah lahirlah seorang penghulu hafiz hadis iaitu penulis kitab Fathul Bari Al-Hafiz Abul Fadlli Ahmad ibn Ali ibn Muhammad ibnu Ali Ibn Hajar Al-Asqolani(meninggal 825 H).Pada ketika ini jugalah banyak sekolah,Universiti dan madrasah-madrasah hadis dibina oleh pemerintah yang ketika itu diperintah oleh Daulat Mamalik Bahriah dan Daulat Mamalik Burjiah.Dan ada Pemerintah yang menjadi hafis hadis iaitu Adh-Zahir .Dan pada ketika ini juga setelah kemorosotan dan kejatuhan Daulat Mamalik di Mesir ia menjadi titik tolak kemunculan cahaya ilmiah di Negara India.Selain itu gerakan ilmiah terutama dalam bidang hadis juga giat dijalankan di Arab Saudi.Pelbagai usaha dijalankan antaranya Raja Abdul Aziz mengeluarkan belanja untuk mencetak kitab-kitab hadis yang mempunyai kedudukan yang penting dalam perkembangan perpustakaan Islam.Pada ketika ini juga muncul ulama-ulama penghafal hadis mentakhrij hadis-hadis dalam semua kitab-kitab dan menerangkan sumber-sumbernya.Disamping itu ada juga para ulama mensyarahkan dam memukhtasarkan kitab-kitab besar dalam usaha untuk memudahkan para pembaca untuk memahaminya.

Alhamdulilah selesai juga Al-Mukhtasar sirat tul Hadis Nabawi atau ringkasan sejarah hadis nabi.Usaha penulisan diharap dapat diteruskan oleh Dai’-dai’ yang diluar agar sejarah ini tidak dilupakan oleh Umat islam terutamanya Remaja.Ada orang kata pada saya yang tulisan saya ini banyak menjurus pada remaja bukan pada umum.Tapi sejujurnya dan yang sebenarnya semua tulisan saya ditujukan kepada semua orang tapi yang utamanya adalah remaja kerana remaja adalah pewaris bangsa dan agama.Oleh itu saya berharap usaha ini tidak sia-sia dan dapat membuahkan hasilnya dengan lahirnya umat islam yang celik sejarah dan umat islam yang menghargai Hadis.Untuk menjadi orang yang celik hadis bukan hanya perlu menghafal hadis,tapi yang utamanya menghayati hadis,memahami hadis dan mengamalkannya dalam seluruh aspek kehidupan.Tidak guna banyak menghafal hadis tapi langsung tak mengamalkannya.Akhir kata bersama-samalah kita menghidupkan kembali pernghormatan terhadap sumber kedua islam ini iaitu Hadis dengan bersama-sama kita mengamalkan sunnah Rasullullah SAW dengan sedapat yang mungkin insyaAllah.

Maksud firman Allah:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [al-An'aam 6:153]