klik sini

Thursday, June 23, 2011

PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL-RASYID

BAHAGIAN A

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam

Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab

T/Lahir : 61H

Umur : 39 tahun

Tarikh M/Dunia : 101H

Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah

Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M

Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

CORAK PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ SEBAGAI KHALIFAH

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat kerana kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden in hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

KHALIFAH HARUN AL-RASYID – PEMERINTAHAN EMAS ISLAM

Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 24 Maret 809, di Thus, Khurasan. Harun Ar-Rasyid adalah kalifah kelima dari kekalifahan Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahnya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan kakaknya, Musa Al-Hadi adalah kalifah yang ketiga.Ibunya Jurasyiyah dijuluki Khayzuran berasal dari Yaman.


PENDIDIKAN

Meskipun berasal dari dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dikenal dekat dengan keluarga Barmaki dari Persia (Iran). Di masa mudanya, Harun banyak belajar dari Yahya ibn Khalid Al-Barmak.

Era pemerintahan Harun, yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenal sebagai masa keemasan Islam (The Golden Age of Islam), di mana saat itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Di masa pemerintahannya beliau :
* Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
* Membangun kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
* Membangun tempat-tempat peribadatan.
* Membangun sarana pendidikan, kesehatan, dan perdagangan.
* Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penerjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
* Membangun majelis Al-Muzakarah, yakni lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, mesjid-mesjid, dan istana.


SIFAT-SIFAT PERIBADI
Banyak orang meyakini bahwa khalifah Bani ‘Abbas, Harun al-Rasyid adalah seorang yang suka hura-hura dan foya-foya, hidup dalam gelamour kehidupan.
Namun sebenarnya, tidaklah demikian. Harun al-Rasyid amat berbeda dari kondisi seperti itu sama sekali.

Beliau adalah Abu Ja’far, Harun bin al-Mahdi, Muhammad bin al-Manshur, salah seorang khalifah Daulah Bani ‘Abbasiah di Iraq, yang lahir tahun 148 H.Beliau menjadi khalifah menggantikan kakaknya, al-Hadi pada tahun 170 H. Beliau merupakan khalifah paling baik, dan raja dunia paling agung pada waktu itu.

Beliau biasa menunaikan haji setahun dan berperang setahun. Sekalipun sebagai seorang khalifah, beliau masih sempat shalat yang bila dihitung setiap harinya mencapai seratus rakaat hingga beliau wafat. Beliau tidak meninggalkan hal itu kecuali bila ada uzur. Demikian pula, beliau biasa bersedekah dari harta pribadinya setiap harinya sebesar 1000 dirham.

Beliau orang yang mencintai ilmu dan para penuntut ilmu, mengagungkan kehormatan Islam dan membenci debat kusir dalam agama dan perkataan yang bertentangan dengan Kitabullah dan as-Sunnah an-Nabawiyyah.

Beliau berumrah tahun 179 H di bulan Ramadhan, dan terus dalam kondisi ihram hingga melaksanakan kewajiban haji. Beliau berjalan kaki dari Mekkah ke padang Arafah.

CORAK PEMERINTAHAN HARUN AL-RASYID SEBAGAI KHALIFAH

Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.
Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.


Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.

Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian- Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah.

Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange. Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga al- Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.


Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seoranhg khalifah yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahan-perubahan yang telah dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah yang amat prihatin dengan keamanan Negara yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga disifatkan sebagai seorang pemerintah yang paling berwibawa dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling bermakna kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan, 2007. Falsafah Dan Logika Melayu, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian

Melayu.

Hasyim bin Haji Musa, 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu ; Suatu

Pengenalan. Kuala Lumpur : Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian

Melayu, Universiti Malaya.

Samsu Adabi Mamat, Wan Ramli Wan Muhammad, 2002. Cendekiawan Islam : Perintis

Peradaban Manusia. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2006. Siri Cendekiawan Islam : 163 Tokoh Terkenal Islam.

Ampang, Selangor : Pekan Ilmu Publicatinos.

http://en.wikipedia.org/wiki/Harun_al-Rashid

BAHAGIAN B

PENGENALAN

DEFINISI HADIS (sunnah)
Hadis secara harfiah bererti perkataan atau percakapan.

Dalam terminologi Islam perkataan dimaksudkan adalah perkataan dari Nabi Muhammad s.a.w.

Namun sering kali kata ini mengalami perluasan makna sehingga disinonimkan dengan sunnah sehingga bererti segala perkataan (sabda), perbuatan, ketetapan maupun persetujuan dari Nabi Muhammad s.a.w. yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama. Hadith sebagai sumber hukum dalam agama Islam memiliki kedudukan kedua pada tingkatan sumber hukum dibawah Al Qur'an. Ibn Hajar memberi pengertian hadith iaitu apa-apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Ayub bin Musa al-Husaini al-Qarimi al-Kufi yang lebih dikenali sebagai Abu al-Baqa’, hadith ialah suatu istilah bercerita atau mengkhabarkan atau juga memberitahu yang disandarkan perkhabaran atau penceritaan tersebut kepadA Rasulullah s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan dan juga ikrar.(Asmawi, 2003).


Dari segi bahasa al-Sunnah bererti jalan atau cara hidup samada ianya terpuji mahupun tercela. Dari segi istilah ulama-ulama hadith mengatakan bahawa takrifanya adalah sama seperti al-hadith. Sunnah juga berlawanan dengan bid’ah. Imam Syatibi berkata seseorang itu dikatakan mengikuti sunnah sekiranya dia melakukan amalan yang bertepatan dengan amalan Rasul s.a.w. atau amalan yang tidak wujud pada zamannya, sahabat dan salafusolah. Sunnah juga diakui oleh jumhur ahlul hadith bahawa ianya termasuk amalan para sahabat, kerana adalah maklum bahawa sahabat sentiasa beramal bertepatan dengan sunnah Rasul s.a.w. Ini ditegaskan oleh Imam Syatibi di dalam kitabnya bahawa sunnah sahabat adalah sebahagian dari sunnah Rasul s.a.w. berdasarkan hadith yang bermaksud:”Hendaklah kamu berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah bersungguh-sungguh (kacip gigi geraham)” Riwayat Abu Dawud. (Ahmad Fauzan, 2007).

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-HADIS

Sekiranya sunnah dahulunya terbiar tanpa pembelaan dan usaha para sahabat, ulama dan cerdik pandai Islam, sudah tentu hari ini umat Islam hari ini tidak dapat menatapinya dan dan umat Islam pasti menghadapi berbagai-bagai kesukaran dalam menyelesaikan pelbagai persoalan yang menunggu di hadapan mereka hari ini. Semasa hayat Rasulullah s.a.w. secara umumnya Sunnah tidak ditulis. Antara sebab terjadi demikian ialah kejahilan orang-orang Islam pada waktu itu di bidang penulisan dan mereka masih lagi bergantung sepenuhnya kepada metod penghafalan dan pengingatan di dalam merekodkan apa-apa maklumat atau peristiwa.

Mengikut Muhammad Yusof Musa, sebab sebenar mengapa sunnah tidak ditulis pada masa hayat Rasulullah s.a.w. ialah larangan Rasulullah s.a.w. sendiri berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudri, sabda Nabi s.a.w dengan maksudnya: “Jangan menulis apa-apa dari saya. Sesiapa yang menulis apa-apa dari saya selain daripada al-Quran hendaklah dia padamkan”.

Abu Hurairah meriwayatkan yang bermaksud ”Rasulullah s.a.w. telah keluar kepada kami pada waktu kami sedang menulis hadith-hadith. Nabi s.a.w lalu bertanya ”Apa yang kamu semua tulis ini ?” Jawap kami; ‘hadith-hadith yang kami ambil dari tuan’. Sabda Nabi s.a.w ”Sebuah kitab yang lain dari kitabullah? Tahukah kamu bahawa sebab mengapa orang-orang terdahulu menjadi sesat ialah kerana mereka menulis kitab-kitab lain di samping Kitabullah ta’ala.”

Rasulullah pada ketika enggan membenarkan penulisan hadis kerana bimbang sekiranya terjadi percampuran antara al-Quran dan al-hadis dan umat Islam tidak dapat membezakan antara sumber kedua –dua sumber tersebut hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam akhir zaman untuk menentukan yang mana lebih utama. Zaid bin Thabit meriwayatkan yang dinukil oleh seorang sahabat bernama Abu Sa’id al-Khudri, sabda Nabi s.a.w:”Janganlah kamu tulis sesuatu tentangku, barang siapa yang telah menulis tentangku selain al-Quran, maka padamkanlah, ceritalah tentangku tidak mengapa tetapi sesiapa yang membuat pembohongan ke atas diriku dengan sengaja, maka tersedia tempatnya dalam neraka.”

Memang tidak dinafikan bahawa ramai di kalangan sahabat yang tidak dapat bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. sepanjang waktu untuk menerima dan meneliti setiap perkataan dan perbuatannya. Bagaimanapun apa yang jelas larangan tersebut bukanlah dinyatakan secara tegas.

Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan sebaliknya. Abu Hurairah berkata:” Tidak ada daripada para sahabat Nabi s.a.w. yang mempunyai lebih banyak hadis daripada saya kecuali Abdullah Ibn Amr kerana dia menulis sedangkan saya tidak. Dalam hadith lain Rafi’ bin Khudaij menyebut:” Kami berkata: Wahai Rasulullah s.a.w. ! Kami telah mendengar banyak perkara daripada tuan, apakah boleh kami menulisnya? Jawap baginda:”Tulislah, tidak mengapa.” (Asmawi, 2003).

Kemungkinan larangan itu bukan terhadap penulisan hadis secara umum, tetapi sebaliknya terhadap penulisan hadis bersama-sama dengan al-Quran dalam sohifah yang sama. Tujuannya ialah supaya tidak bercampur baur dengan al-Quran atau mengurangkan minat para sahabah di dalam menulis ayat-ayat al-Quran. Apabila kedudukan al-Quran dan sunnah telah jelas bagi orang Islam, penulisan hadis pun dibenarkan, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah menghafal.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN HADIS PADA ZAMAN SAHABAT

Zaman pemerintahan saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar al- Khattab tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu Hadis. Pengumpulan hadis yang dilakukan di peringkat ini iaitu pengumpulan secara hafalan sahaja. Antara sebab lain yang mendorong kepada tidak berlakunya penulisan hadith ialah sikap para sahabah sendiri bimbang ianya akan menjejaskan perhatian mereka atau perhatian orang ramai terhadap al-Quran. Aisyah pernah meriwayatkan bahawa bapanya Abu Bakr al-Siddiq pernah membakar lima ratus hadis.

Umar Ibn al-Khattab pernah berfikir untuk mengumpul sunnah secara bertulis, tetapi mengubah fikiran walaupun telah mendapat persetujuan ramai.

Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan, melarang anaknya daripada menulis hadis kerana takut beliau tidak menulisnya dengan tepat. Dalam riwayat lain beliau disebut sebagai berkata:’Hafallah daripada kami sebagaimana kami telah menghafalnya’.

Dipercayai banyak daripada tulisan-tulisan mengenai hadis dipadamkan atau dimusnahkan oleh penulisnya sendiri kerana takut ia akan terjatuh ke tangan orang yang tidak layak, tidak alim dan tidak tahu membezakan antara al-Quran dan hadis atau perkara-perkara lain.

Walaupun begitu peranan hadis ketika itu semain menonjol apabila sahabat menghadapi masalah untuk menyelesaikan kes-kes yang tidak dinyatakan dalam al-Quran secara khusus misalnya hak pewarisan nenek. Al-Mughirah bin Syu’bah meriwayatkan hadith bahawa dia pernah melihat Rasulullah s.a.w. memberikan satu perenam harta kepda seorang nenek. Dalam keadaan berhati-hati usaha di kalangan sahabat yang mengambil berat soal hadis tetap ada.

Abu Ayub al-Ansari misalnya sanggup mengembara ke negeri Mesir menemui Uqbah bin Amir semata-mata kerana mahu mengesahkan sebuah hadis yang berbunyi:”Barang siapa yang menutup keaiban atau kesulitan seorang saudaranya yang muslim di dunia nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
Mengikut riwayat Nafi’ daripada Ibnu Umar ada terdapat selambar tulisan mengenai zakat binatang peliharaan di hulu pedang Umar Ibn Khattab.

Ali juga diketahui telah menggantung di pedangnya satu catatan tentang jenayah, kehormatan bumi madinah dan hukum tidak dibunuh balas orang Islam yang membunuh orang kafir. Mengikut Ibn al-Hanafiah Muhammad Ibn Ali r.a. bapanya pernah menghantar beliau untuk membawa sepucuk surat kepada Uthman yang didalamnya mengandungi arahan-arahan Rasulullah s.a.w. tentang zakat.

Sa’d Ibn Ubbadah r.a. juga diriwayatkan memiliki beberapa buah penulisan yang mengandungi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. sebuah lagi penulisan iaitu yang dikenali al-sahifah al-sadiqah, iaitu nama yang diberi sendiri oleh penulisnya Abdullah ibn Amru’ Ibn al-As. Ia mengandungi hadis-hadis yang diterima oleh Abdullah daripada Rasulullah s.a.w. secara berdua-duaan sahaja.

Perkembangan dan pengumpulan hadis yang giat dilakukan itu masih dikategorikan sebagai pengumpulan dalam dada atau hafalan walaupun sudah terdapat segelintir sahabat yang memulakan usaha mencatat hadis dengan kebenaran khas. Perhatian khulafa’ al-Rasyidin dalam memelihara hadis amat disanjung tinggi.

Ketegasan mereka dalam menghalang umat Islam daripada berlakunya penyelewengan dalam meriwayatkan hadis sebenarnya tidak berniat serong tetapi semata-mata kerana menjaga dam memelihara kemuliaan serta darjat hadis Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri. Zaman ini dapat dianggap sebagai zaman asas kepada zaman pengumpulan dan penulisan Ilmu Hadis.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN HADIS PADA ZAMAN TABIIN

Namun permasalahan penulisan hadis ini ke dalam kitab dan naskah khas hanya dibuat secara persendirian dan sehinggalah ke zaman Khalifah Umar Ibn Abd Aziz ra barulah urusan pembukuan hadis di jalankan secara serius ini disebabkan setelah berlakunya zaman fitnah dan pembunuhan, lahirnya Khawarij, Syiah dan beberapa puak sesat yang mendorong para ulamak dan muslihin Islam memikirkan jalan untuk menyelamatkan hadis baginda dengan mengumpulkan hadis yang sahih dan memperkenalkan ilmu isnad atau disebut mustalahah.

Arahan pelaksanaan membukukan hadis itu dilaksanakan oleh Ibn Syihab Az-Zuhri maka disebut bahawa beliaulah yang pertama mengumpulkan hadis secara tersusun. Pada zaman khalifah Abbasiyah muncullah pula golongan ulama seperti Ibn Juraij (150 H) yang mengumpulkan hadis di Makkah, Abu Ishaq (151 H) dan Imam Malik (179 H) yang mengumpulkan hadis di Madinah, Ar-Rabi ibn Syabih (160 H) , Hammad ibn Salamah (176 H) yang mengumpulkan hadis di Basrah dan Sufyan As-Sauri (116) di Kufah serta Al-Auzaie (156 H) yang mengumpulkan di Syam dan lain-lainnya yang nyatanya kebanyakkan mereka pernah berguru kepada Ibn Hazm dan Az-Zuhri.

Manakala selain menumpukan pada usaha menghimpunkan hadis para ulama’ juga mula meneliti hadis- hadis yang sampai kepada mereka dan perawi-perawi yang meriwayatkan hadis. Mereka mula meneliti siapakah perawi hadis, keadaan dan sifat peribadinya, kaedah menerima dan menyampaikan hadisnya, tarikh lahir dan kematiannya, perawi yang meriwayatkan darinya dan yang diriwayatkan olehnya dan pelbagai lagi demi menjaga kesahihan dan kebenaran hadis itu dari kepalsuan. (Emran Ibn Ahmad, 2005).

KESIMPULAN

Dr. Musthafa al-Siba'I menyatakan:”Memang benar Kitab Suci memuat segala sesuatu, tapi hanya dalam garis besar saja, yang disebut bakal dijamin terpelihara dari usaha pengubahan tidak hanya pada al-Qur'an tapi juga meliputi sunnah, dalam hal ini hadis. Sunnah dan hadis tetap terpelihara, melalui sistem hafalan kaum muslim Arab yang memang terkenal memiliki kemampuan menghafal yang amat kuat (sebagai akibat pengembangan bahasa Arab yang amat tinggi namun tidak banyak bersandar pada penggunaan tulisan).”

Pencegahan Nabi dan para pembesar sahabat dan Tabi'un dari usaha membukukan hadis terjadi kerana kebimbangan akan tercampur dengan teks-teks al-Qur'an yang saat itu keadaan tidak ramai berilmu di kalangan umat, disebabkan sedikitnya mereka yang boleh membaca. Pencegahan itu hanya sekitar usaha pembukuan rasmi. Sedangkan yang tidak rasmi dan sebagai catatan peribadi beberapa sahabat telah melakukannya. Tegahan kepada orang yang menulis al-Quran dan hadiS pada satu tempat dan keizinan menulis bagi yang lemah ingatan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim El-Mummady, 1995. Islam dan al-Hadth. Angkatan Belia Islam Malaysia.
Ahmad Fauzan Abu Muadz alfauzani bin Yahaya, 2007. Mari mengenal Ilmu Hadith. Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru.
Asmawi haji Ehsan, 2003. Ilmu Hadith, hadith sebagai sumber hukum Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ariffin Omar dan Zaini Nasohah, 2005. Hadith daif ciri-ciri dan hukum. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Jawiah Dakir, 1996. Kewibawaan Al-Tafsir dan Al-Hadis. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Noor Deris, 2000. Pengajian Al-Sunnah. Akademi Islam Universiti Malaya.
Subhi Salih, 1996. Ilmu Hadith, satu pengenalan dan kajian. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Rujukan Internet:
http://ustaz.blogspot.com/2005_08_28_archive.html
http://media.isnet.org/islam/Paramadina/Konteks/Sunnah-Nur3.html



No comments:

Post a Comment