klik sini

Wednesday, May 25, 2011

Strategi Pendidikan Islam dan Prinsip Perkembangan Isi

STRATEGI

Kebijaksanaan guru dalam memilih pendekatan,merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.

Berpusatkan guru

Ø Guru menguasai keseluruhan kelas dengan memberikan penjelasan dan penerangan.

Ø Komunikasi diantara guru dan murid adalah satu hala. Interaksi antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif tidak dapat dipupuk.

Ø Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai-nilai murni atau perkembangan emosi.

Ø Di bawah strategi pemusatan guru, pelajar menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

Berpusatkan murid

Ñ Strategi ini menekankan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran.

Ñ Ia merupakan strategi utama dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Ñ Murid akan memainkan peranan yang penting dan murid juga digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Ñ Guru hanya membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada berkumpulan atau individu.

Berpusatkan bahan

v Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru untuk membantu guru mengajar.

v Ia seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, video dan sebagainya.

v Seterusnya bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercerita, alat uji kaji dan lain-lain.


HURAIAN PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN

1.Dari mudah kepada susah. MS Ianya bermaksud mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. Guru dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid pada setiap peringkat dan membetulkannya dengan serta merta. Pemeringkatan penguasaan kemahiran mengikut urutan memacu ke arah pencapaian objektif.

2.Dari maujud kepada mujarrad. MM

Ianya bermaksud menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud.

3.Dari perkara yang maklum kepada perkara yang majhul. MM

Ianya membawa maksud memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu yang baru.Hal ini bermaksud guru memberikan sesuatu ilmu yang belum pernah dipelajari oleh murid-murid.Perkara ini akan menarik minat dan perhatian mereka untuk lebih bersungguh-sungguh di dalam pelajaran.

4.Dari dekat kepada jauh. DJ

Ianya bermaksud guru perlu memberi contoh-contoh yang hampir dengan kehidupan murid terlebih dahulu untuk menjelaskan perkara yang agak jauh dan asing.Prinsip ini bertujuan untuk membuka minda pelajar supaya lebih banyak berfikir tentang pelajaran.

5.Dari spesifik kepada umum. SU

Prinsip ini bermaksud guru memberikan contoh-contoh yang khusus tentang pengajaran dan meminta murid membuat generalisasi. Prinsip ini juga memberi gambaran kepada murid-murid bahawa adanya perkara-perkara yang lebih penting di dalam kehidupan kita untuk difkirkan.


No comments:

Post a Comment